Allah s.w.t.berfirman "Sesungguhnya
orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya,
tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)
Allah s.w.t.berfirman "Diatas orang yang
berpengetahuan itu ada lagi yang MahaTahu" (Surah Yusuf:78)
Allah s.w.t..berfirman "Dan diantara kamu
ada yang disampaikan Allahkepada usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi
sesuatu yang dahulunya dia katahui"(Surah Al-Nahl:70)
Allah s.w.t.berfirman "Orang-orang yang
beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allahitu hati akan menjadi tenteram"
(Surah Ar-Rad:28)
Allah s.w.t.berfirman "Tiadalah terjadi
sesuatu bencana itu melainkan dengankehendak
Allah , dan siapa yang percaya kepada Allahnescaya dipimpin Allah
hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan dari umatku
orang yang percaya nasib pada burung atau diusahakan dengan burung atau berdukun
atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang
kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir terhadap apa yang
diturunkan padaNabi Muhammad s.a.w
"(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)
Allah s.w.t.berfirman "Kalau tiada kerana
kemurahan dan rahmat Allahkepada kamu,
nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat
selama-lamanya"(Surah An-Nur:21)
Allah s.w.t.berfirman "Syaitan itu
menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan
yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)
Allah s.w.t.berfirman "Hanyasanya
Allahakan menerima amalan itu daripada orang- orang yang bertakwa" (Surah
Al-Maidah:27)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang
paling mustajab(berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga
selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat
Muslim & Abu Daud) Allah s.w.t.berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran
, maka mohonlah
perlindunganAllahdaripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)
Allah s.w.t.berfirman "Dan kalau syaitan
(orang jahat) membisikkan kepada engkau sesuatu kejahatan, maka berlindunglah
kepadaAllah , sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Surah As-Sajadah:36)
Allah s.w.t.berfirman "(Mereka
bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah
orang-orang yang diketahui Allahakan isi hati mereka"(Surah An-Nisa:62-63)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin
yang sempurnakeimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan
kemewahan itumusibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa pada suatu malam
dia mengalami kesakitan dimana dia bersabar dan redha kepada ketentuan Allah
s.w.t.makaterkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia
dilahirkan ibunya"(Riwayat Al-Hakim)
Allah s.w.t.berfirman "Dan
katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada
Engkaudaripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepadaEngkau
,Tuhanku , supaya mereka tiada
mendekatiku" (Surah Al-Mukminun:97-98)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mati
tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan
puasatersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w pernah bersabda:"Seburuk-buruk
yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat pengecut yang menanggalkan dan
sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin al-Ash r.a.)
Allah s.w.t.berfirman "Dan janganlah
engkau menjadikan tanganmu terbelengguketengkukmu, dan jangan pula
bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkaududuk tercela dan sensara"
(Surah Al-Isra:29)
Allah s.w.t.berfirman "Dan mereka yang
apabila membelanjakan hartanyamelampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir,
tetapi pertengahan antara keduanya"(Surah Al-Furwan:67)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa menghulurkan
kepadamu suatukebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan,
maka hendaklah kamudoakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)
Allah s.w.t.berfirman "Sesungguhnya
manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jikadisinggung bahaya dia berkeluh kesah,
Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula"(Surah Al-Maarif:19-21)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang
Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah
s.w.t."
Allah s.w.t.berfirman "Dan ketahuilah
bahawasanyaAllahmengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah
Al-Baqarah:235)
Allah s.w.t.berfirman "Dan kenanglah
kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat dengan
Diaketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w pernah bersabda: "Tiga
perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Makadua
perkara akan kembali dan yang kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga
danhartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya sahaja"
(Riwayat Al- Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk
kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa
pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas
r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w pernah
bersabda:"Sembahyang fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa
Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut
sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang pada petang
harinya berasaletih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya
sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat
Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari
sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t.akan menambah dengan keduanya itu
lanjut umur danmenolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan
dengankeduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu
Ya'la dari Anasr.a.)
Allah s.w.t.berfirman "Dan kalau engkau
tanya mereka: Siapakah yang menciptakanlangit dan bumi dan menjadikan matahari
dan bulan, nescaya mereka akan mentakan'
Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah
Al-Ankabut:61)
Allah s.w.t.berfirman "Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu, kemudian Kami
bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)
dikutip dari "http://www.scribd.com/doc/8466858/Sabda-Nabi-Muhammad-SAW"
dikutip dari "http://www.scribd.com/doc/8466858/Sabda-Nabi-Muhammad-SAW"
No comments:
Post a Comment